Sunday, June 28, 2009

Rumah Untuk di Sewa

Di Labuan kadar sewaan rumah adalah agak tinggi. Jika budget anda kurang daripada RM1000 maka lupakan sahaja untuk menyewa di rumah teres (landed house). Terutama perumahan yang berdekatan di kawasan bandar, harga sewaan biliknya sahaja menyamai sewaan untuk sebuah apartment yang jauh daripada kawasan bandar.

Jangan risau tentang jarak. Mengikut pendapat saya, di manapun anda menyewa sebenarnya jarak dari satu tempat ke satu tempat yang lain takdelah begitu jauh memandangkan Pulau Labuan nie tak sebesar mana. Jika dibandingkan anda bekerja di Kuala Lumpur dan tinggal di Bandar Baru Bangi, pastinya jarak di sini jauh lebih dekat. Tiada kesesakan lalulintas dan tol... jadi di manapun anda menyewa bukanlah satu masalah yang besar untuk ke tempat kerja.

No comments:

Post a Comment