Thursday, June 25, 2009

Cuaca di Labuan

Bermula sejak semalam labuan mengalami hujan yang agak lebat dan sekata. Alhamdulillah setelah sekian lama mengalami musim panas akhirnya penduduk Labuan mengalami suasana yang agak sejuk dan selesa.Seperti di tempat lain di Malaysia, Labuan juga mengalami cuaca panas dan lembab sepanjang tahun. Bagaimanapun cuacanya boleh dikatakan agak tidak menentu berkemungkinan kerana labuan merupakan sebuah pulau. Mendung tidak beerti hujan dan panas tidak semestinya hingga kepetang. Di musim panas pula bahangnya agak terik jika dibandingkan dengan kawasan tanah besar.

Untuk tujuan beriadah pula, adakalanya pantai-pantai dilabuan sangat sesuai untuk bermandi-manda manakala ada kalanya ianya menjadi bahaya kerana ombaknya yang kuat. Pada sesiapa yang ingin melawat atau datang ke Labuan itu adalah serba sedikit mengenai Pulau Labuan.

No comments:

Post a Comment