Thursday, December 26, 2013

BILIK UNTUK DISEWA KEMASUKKAN JANUARY 2014




RM500-600/ sebilik

Perempuan muslim sahaja
Deposit 1 bulan

Rumah banglo satu tingkat dengan halaman yang luas.
email clia78@yahoo.com

Tuesday, August 17, 2010

TERBARU..

Kami menawarkan kidmat kereta sewa di Labuan

Avanza: RM 150/ hari

Jika ada sesiapa beminat untuk menyewa mengikut bulan sila email saya untuk harga.

Sunday, June 28, 2009

Rumah Untuk di Sewa

Di Labuan kadar sewaan rumah adalah agak tinggi. Jika budget anda kurang daripada RM1000 maka lupakan sahaja untuk menyewa di rumah teres (landed house). Terutama perumahan yang berdekatan di kawasan bandar, harga sewaan biliknya sahaja menyamai sewaan untuk sebuah apartment yang jauh daripada kawasan bandar.

Jangan risau tentang jarak. Mengikut pendapat saya, di manapun anda menyewa sebenarnya jarak dari satu tempat ke satu tempat yang lain takdelah begitu jauh memandangkan Pulau Labuan nie tak sebesar mana. Jika dibandingkan anda bekerja di Kuala Lumpur dan tinggal di Bandar Baru Bangi, pastinya jarak di sini jauh lebih dekat. Tiada kesesakan lalulintas dan tol... jadi di manapun anda menyewa bukanlah satu masalah yang besar untuk ke tempat kerja.

Saturday, June 27, 2009

Keselamatan di Rumah

Melalui pengalaman sepanjang tinggal di Labuan, kadar pecah rumah secara kekerasan di sini adalah sangat rendah. Bagaimanapun ada juga cerita-cerita tentang kes kecurian melalui pukau itupun saya sendiri tidak pasti kesahihannya. Bagaimanapun ini bukanlah satu alasan untuk kita mengabaikan keselamatan di kediaman kita. Pastikan rumah sentiasa berkunci terutama sekali pada mereka yang tinggal di Apartment. Di sini sering ada yang mengetuk pintu untuk tujuan survei pemasaran. Alhamdulillah setakat ini semuanya memang benar-benar ingin melakukan servei secara jujur.

Komuniti Labuan

Memandangkan saya berasal dari Semenanjung Malaysia, berhijrah ke Labuan tidak menjadi masalah yang besar dari segi menyesuaikan diri dengan Komuniti di Sini. Kebanyakkan penduduk tempatan terdiri dari penduduk melayu Brunei. Bagaimanapun penduduk dari semenanjung pun ramai juga. Kebanyakkannya merupakan penjawat awam.

Rumah Untuk di Sewa

Thursday, June 25, 2009

Rumah Untuk di Sewa

Mengapa kami menawarkan sewaan yang betul-betul memenuhi kesesuaian anda.? Untuk pengetahuan walaupun Labuan merupakan Pulau bebas cukai tetapi hal ini hanya terpakai untuk barang barang seperti kereta, minuman keras, rokok dan coklat. Tetapi barang-barang yang tersenarai ini bukanlah termasuk dalam keperluan yang kita perlu beli setiap hari bukan? Untuk pengetahuan barangan lain seperti barangan elektrik, makanan, sayuran, ayam, ikan, perabot semuanya berada pada paras yang agak tinggi. Malahan harga majalah di Labuan 2 kali lebih tinggi berbanding harga yang boleh didapati di Semenanjung Malaysia.

Sebab itulah saya menawarkan keperluan sewaan rumah atau bilik yang dapat mengurangkan kos perbelanjaan anda di sini, terutamnya kepada sesiapa yang ingin tinggal di Labuan dalam jangkamasa yang pendek.