Thursday, June 25, 2009

Pearl Suite Labuan

Kepada mereka yang ingin mencari kediaman di Labuan, cozyhome@labuan.com menawarkan sewaan bilik fully furnished ataupun sewaan rumah berperabut atau kosong.

1) Sewaan bilik berperabut

Kepada mereka yang bercadang untuk tinggal di Labuan dalam jangkamasa yang singkat (kurang dari 1 tahun) khidmat sewaan bilik berperabut ini adalah sangat sesuai. Anda tidak perlu memikirkan membeli perabut, mencari teman serumah ataupun membayar caj-caj tambahan yang lain. Semuanya tersedia untuk anda.

Harga yang ditawarkan
a- Master bedroom - RM400
b- Middle bedroom - RM350
c- Third bedroom - RM300

(gambar lengkap akan dipaparkan kemudian)

2) Sewaan rumah berperabut

Sewaan rumah ini adalah sesuai untuk keluarga yang ingin menetap dalam jangkamasa yang pendek (kurang dari 1 tahun) kerana anda tidak perlu memikirkan untuk membeli perabut.

Harga yang ditawarkan
a- Kos sederhana - RM 900
b- Kos rendah - RM700

(gambar lengkap akan dipaparkan kemudian)

2) Sewaan rumah tidak berperabut

Sewaan rumah ini adalah sesuai untuk keluarga yang ingin menetap dalam jangkamasa yang panjang (lebih dari 1 tahun).

Harga yang ditawarkan
a- Kos sederhana - RM 700
b- Kos rendah - RM550

(gambar lengkap akan dipaparkan kemudian)

jika sebarang pertanyaan bolehlah hubungi:
cliaz78@gmail.com

Cuaca di Labuan

Bermula sejak semalam labuan mengalami hujan yang agak lebat dan sekata. Alhamdulillah setelah sekian lama mengalami musim panas akhirnya penduduk Labuan mengalami suasana yang agak sejuk dan selesa.Seperti di tempat lain di Malaysia, Labuan juga mengalami cuaca panas dan lembab sepanjang tahun. Bagaimanapun cuacanya boleh dikatakan agak tidak menentu berkemungkinan kerana labuan merupakan sebuah pulau. Mendung tidak beerti hujan dan panas tidak semestinya hingga kepetang. Di musim panas pula bahangnya agak terik jika dibandingkan dengan kawasan tanah besar.

Untuk tujuan beriadah pula, adakalanya pantai-pantai dilabuan sangat sesuai untuk bermandi-manda manakala ada kalanya ianya menjadi bahaya kerana ombaknya yang kuat. Pada sesiapa yang ingin melawat atau datang ke Labuan itu adalah serba sedikit mengenai Pulau Labuan.

Monday, June 22, 2009

Pearl Suite Labuan


PEARL SUITE LABUAN terletak di persekitaran yang tenang dan bersih di Taman Mutiara, Sg. Bedaun WP Labuan. Kedudukannya terletak kira-kira 15minit perjalanan dari pusat bandar dan Ujana Kewangan Labuan. Pelbagai kemudahan boleh didapati di sekitar kawasan ini malahan ianya boleh didapati hanya dengan berjalan kaki dari kediaman PEARL SUITE LABUAN. Kemudahan-kemudahan tersebut seperti Surau, Restoran, Kedai Runcit, Taman Permainan, Sekolah, Tadika, Dewan Orang Ramai. Pusat riadah seperti Pantai Layangan, Batu Manikar, Pohon Batu dan Taman Burung pula berada kira-kira 10 minit perjalanan sahaja dari kediaman PEARL SUITE LABUAN ini. Pusat pendidikan seperti Pusat Matrikulasi, Institut Latihan Perindustrianm Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan pula hanya 15 minit sahaja.

Alamilah sendiri kediaman PEARL SUITE LABUAN untuk keselesaan anda.

Kami menawarkan 2 pakej utama khidmat sewaan rumah sesuai dengan keperluan dan keselesaan anda

1. Sewaan bilik fully furnished, Bilik dilengkapi single katil divan, kipas, rak pakaian dan TV

2. Sewaan rumah fully furnished/ kosong bergantung kepada permintaan dan keperluan anda